Perfect World Online Pointer

Sahabatku


Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Nabi Muhammad SAW

Keputusan UPSR 2009


INILAH LOGO SEKOLAH


SEJARAH PENUBUHAN SRIQ


Sekolah Rendah Ibn Qayyim atau dikenali sebagai SRIQ adalah Sekolah Milik Koperasi yang telah ditubuhkan pada bulan Januari tahun 2000.Lokasi sekolah ini terletak di Panji Alam kira-kira 4 km dari bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk.Bangunan sekolah ini terletak di atas keluasan tanah lebih kurang 0.1445 hektar beralamat 1644 , Jalan Panji Alam,21100 Kuala Terengganu.
Pada awal penubuhan, seramai 27 orang murud Tahun 1 terdiri daripada anak-anak ahli dan bukan ahli di samping tiga orang guru tetap,seorang guru pembantu , seorang guru sambilan dan seorang pembantu tadbir.
Pada tahun 2008, jumlah murid telah meningkat seramai 278 orang manakala jumlah guru seramai 2o orang dan seorang pembantu tadbir telah ditempatkan disini.Kemudahan fizikal yang ada disini merangkumi bangunan akademik, surau dan kantin.Kurikulum sekolah ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu subjek akademik dan subjek deeniah.Subjek Akademik ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matemaik , Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni dan Pendidkan Jasmani manakala Subjek Deeniah pula adalah Bahasa Arab, Feqah, Tauhid,Akhlak, Sirah, Tajwid, Kemahiran Membaca Al-Quran,Tilawah,Imlak,Khat, Hafazan dan Jawi.Pelajar SRIQ juga terlibat dengan aktiviti kokorikulum seperti Badan Beruniform,Persatuan dan Kelab serta Sukan dan Permainan.
 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks