Assalamualikum wbt.
Moga Redha Allah sentiasa mengiringi pembaca,
setiap saat, dan setiap masa
untuk menjadi lebih baik dari semalam....
Setelah menatap dan membaca sebuah buku yang berjudul ROH dikarang oleh IBNUL QAYYIM berserta terjemahan oleh :Syed Ahmad Semait ana suka untuk berkongsi dengan pembaca tentang pembahagian mimpi.
Mimpi dibahagikan kepada tiga jenis:
1-Mimpi daripada Allah
2-Mimpi daripada Syaitan
3-Mimpi daripada bicara diri
Mimpi yang benar pula ada bermacam-macam jenis;
Antaranya:
Moga Redha Allah sentiasa mengiringi pembaca,
setiap saat, dan setiap masa
untuk menjadi lebih baik dari semalam....
Setelah menatap dan membaca sebuah buku yang berjudul ROH dikarang oleh IBNUL QAYYIM berserta terjemahan oleh :Syed Ahmad Semait ana suka untuk berkongsi dengan pembaca tentang pembahagian mimpi.Mimpi dibahagikan kepada tiga jenis:
1-Mimpi daripada Allah
2-Mimpi daripada Syaitan
3-Mimpi daripada bicara diri
Mimpi yang benar pula ada bermacam-macam jenis;
Antaranya:
- Suatu ilham yang dilemparkan Allah S.W.T. ke dalam hati seorang hamba, dan itu adalah suatu bicara yang diperkatakan Tuhan kepada hambanya di dalam tidurnya. Ini pendapat Ubadah bin As-Shamit dan lain-lain lagi
- Suatu misalan yang dirancangkan oleh malaikat mimpi yang diserahkan tugas ini
- Pertemuan roh seorang yang tidur dengan roh-roh orang-orang yang sudah mati dari kaum keluarganya dan para sahabatnya, ataupun yang lain dari itu
- Peningkatan Roh orang yang bermimpi kepada Allah s.w.t. serta pembicaraanya kepada Tuhannya.
- Kemasukan roh orang yang bermimpi itu ke dalam syurga dan penyaksiannya terhadap taman-tamanya.
Atau yang lain lain lagi. Sebab itu kita katakan bahawa pertemuan roh-roh orang mati adalah satu jenis mimpi yang betul, namun sesetengah manusia masih ada yang menganggapnya sebagai suatu jenis perasaan, atau bicara diri...

