Perfect World Online Pointer

Apa + Apa = Kebahagiaan?

Assamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sihat? Alhamdulillah, klo sihat, Cepat2, mengucap hamdalah berterima kasih kepada Allah kerana memberikan kesihatan tubuh badan, klo x sihat?, ucap hamdalah juga, kerana ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kamu terhadapNYA.
Ketahuilah bahawa Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, mungkin Allah nak tambah iman kita atau mungkin Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita, nak tengok sejauh mana ketabahan hati kita dalam agama.

Okay, kali ini saya nak post sikit tentang apa + apa =Kebahagiaan ?, yang saya baca dalam kitab "Al-Iman Wal Hayyah" karya Dr. Yusuf Al-Qardawi iaitu ketua ulama2 dunia skrg, dan juga buku "La Tahzan" karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.





Kebahagiaan?

Kebahagiaan itu merupakan syurga impian, yang dirindukan oleh setiap orang, tak kira siapa pun. Dari ahli fikir yang berada di puncak pemimpinan dan renunganya, hinggalah kepada rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan kesederhanaan. Sejak dari raja-raja yang bersemayam dalam mahligai dan istana yang indah, hingga kepada kaum miskin yang hidupnya melarat, yang berdiam di tempat kecil, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, semuanya merindukan kebahagiaan, menginginkan kebahagiaan.

Dimana letaknya kebahagiaan?

Manusia sejak dulu sentiasa mencari kebahagiaan. Persoalan "Dimanakah terletaknya kebahagiaan?" sering ditanya, dari dulukala sehingga ke hari ini, namun ianya hanyal kekal sebagai satu teka-teki yang belum dirungkai jawapannya, sepanjang masa, manusia telah mencuba dan mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara dengan pelbagai langkah, dengan bermacam-macam kebendaan dan beraneka ragam kesenangan dunia. Hawa nafsu dan syahwat dituruti , dipenuhi hidupnya dengan keinginan dan kepuasan harta benda, namun sayang, mereka tidak menemukannya.

Adakah harta benda itu kebahagiaan?

Ramai manusia2 yang berpendapat begini. Dikiranya kebahagiaan itu terletak pada harta yang banyak, rumah yang besar dan mewah, kereta yang mahal, tanah yang luas, tetapi dalam kenyataanya, perhatikanlah bangsa-bangsa yang telah tinggi tingkat penghidupannya, telah cukup segala keperluan kebendaan. Segalanya ada dan serba cukup! Tidak kedengaran lagi keluhan kerana kesulitan dan kepahitan hidup. Tetapi anehnya, mereka masih merasa sempit, mereka tercari-cari ketenangan, mereka mencari-cari KEBAHAGIAAN!

Adakah Kebahagiaan Dari Ketenangan hidup?

Betul! Tiada kebahagiaan tanpa ketenangan, seorang ahli fikir yang telah tua pernah berkata kepada Dr. Yusuf Al-Qardawi ketika beliau masih muda. "Ketengan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Sesungguhnya banyak orang yang diberi Allah, kepintaran, kesihatan, harta yang banyak serta kemasyhuran dalam pelbagai aspek kehidupan. Tetapi ketenangan jiwa hanya dikurniakan oleh Allah dengan ukuran dan terbatas."

Macam Mana Nak Capai Ketenangan Hidup?

Tidak ada ketenangan tanpa IMAN, tidak diragui lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi suber pertama untuk memperoleh kebahagiaan. Tetapi macam mana nak capai ketenangan? Kalau ia bukan sesuatu yang boleh dihasilkan oleh kecerdasanan pengetahuan, bukan oleh kesihatan dan kekuatan, bukan oleh harta dan kekayaan. Dengan tegas dapat dijawab bahawa ketengan itu hanya satu sumbernya, dan tidak ada duanya, iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam, tidak dicampuri ragu-ragu dan kepalsuan.

Ingat Lah Allah..

Anda tidak mahukan kebahagiaan? Jangan bohong saudaraku, semua manusia inginkan hidup yang bahagia. Mulakan lah dengan mengingati Allah, insya-Allah hati anda akan menjadi lebih tenteram. Berzikir lah kepada Allah, ingat lah. Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati selain berzikir kepada Allah s.w.t. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kekacauan, kegelisahan dan kebimbangan akan lenyap! Tidak hairanlah apabila orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Suci melihat mukanya, sentiasa tersenyum dengan senyuman ikhlas bukan dengan senyuman kambing!




Alhamdulillah selesai sudah membaca serba sedikit ilmu tentang kebahagiaan :D
 Satu petikan lirik dari UNIC: Hakikat Bahagia

"Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan meningati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Hakikatnya Bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan"

Jadi apa yang saya boleh simpulkan di sini,nak bahagia, always remember Allah!
"Don't regret of what you did so hard! Because there is always a reason for everything! Think Positive!"

Iman + Ketenangan = Kebahagiaan!

School Holiday!!

       Assalamualaikum pembaca sekalian! Kali ini insya-Allah, saya akan post tentang cuti sekolah,,
okay, seperti yang kita tahu, cuti sekolah ni masa untuk kita sebagai pelajar berehat di rumah setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh kat sekolah, dgn homework, schoolwork,hostelwork, dan mcm2 work lagi, (terlebih pulak). Memang suka la, pelajar2 dpt cuti. Release Tension la katekan! dh lepas dari segala mcm perkara yg dipanggil "schoolstuff".Hari pertama cuti sekolah: Ya Allah, Bestnyer duk umah, boleh makan sepuas2 nya, nk qada' semula tido yg telah dirampas oleh cikgu2 dan warden di sekolah, nk buka FB, nk buka Twitter, nk main game,nk main PS, nk pi jalan2 dkt kl suria, pavillion, midvalley, sunway piramid, time square, mydin, giant, sabasun, hock ke seng, nk katanya, semua tempat ye nak pergi. Hah, ni hari pertama budak2 sekolah di rumah, ni boleh la tahan sampai seminggu ar paling kurang, lepas tuhh, krengg!!, Ah!!! bosan nyer, nk buat apa pulak nie, itu dah buat ini dah buat,, ah!! bosan,,haha,,rutin harian dah jadinya, perkataan "bosan" tuhh,, klo buke fb belambak kat wall kawan2 sekolah, kt grup lagilah byk, haha,,aper daa...ni lah org kata, takde timetable..tapikan ader je kawan2 yang dh buke buku tingkatan empat, waah bagusnye!! Dh ade yg studi group untuk tingkatan 4. Dgr citer ar, dop au lh sep ye buat ke tidak,,haha!





Masa cuti ni nk update blog p0n malas,,haha,,dh lme x buka,, ni bru buke untuk time cuti sekolah yg dah lama berlalu, sebenarnya penulis tertarik dengan kata-kata "I would rather walk with a friend in the dark than alone in the light" . Waah!! Klaz punye ayt.. sanggup jalan dua orang dalam gelap dari jalan sorang2 tak berteman dalam keadaan cerah..haa,, teringat kata2 seorang kawan pasal boikot israel nihh,, nk tahu tak,, okey2 nk tulis lah nie,, kwn saya kata, "How can we boikot some of our daily stuffs if there is no alternatives" Faham tak? Mksod ye macam mana kita nak boikot barang2 yang kita gune seharian tanpa sumber lain, saya setuju jugak lah dengan kata-kata dia, tapi bagi saya boikot tetap boikot, cuma terfikir lah,  sebenarnya ayat dia telah menyedarkan saya, tentang betapa kecilnya umat islam dalam bab ekonomi, sepatutnya ekonomi kita yang pegang, minyak ada kat org islam kan. Orang islam sepatutnya bangun untuk menguasai ekonomi! Kalau usahawan islam buat produk2 yang gempak, memang ramai dah boikot barang dari amerika dan sekutunya, kn? Sebab apa? Sebab ada sumber lain untuk dia guna.Contoh paling bagus ialah RFC,,waah! Ini kan satu sumber alternatif untuk KFC, kn bgos klo byk lagi kedai alternatif macam ni,
ini pendapat say lah ea,,haha

Hari tuh, dgr pulak seorang kawan kata, klo nak selesaikan masalah pelajar pakai tali pinggang bercorak itu dan ini, kepala besar la, bercorak la, tak ikut STANDARD la katakan. Kene jual tali pinggang yang standard sekolah itu dekat koperasi sekolah, pas2 wajibkan beli, haa,, kan lebih kurang je dgn apa yang dunia patut buat, ni dalam konteks sekolah, tadi konteks dunia, Ok2, cukuplah setakat nih,,dh letih daa..Wassalam :D

 


 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks