Perfect World Online Pointer

Sejarah Qasidah Burdah

Assalamualaikum w.b.t Semua!!! 

Kali ini saya nak share satu artikel tentang Qasidah. Saya pun baru je tahu pasal qasidah ni. Setelah ada kawan lama yang baru pulang dari sebuah pondok yang menekankan qasidah ini. Selama ini memang dengar je, mcm "burdah" yang femes . Tapi x tahulah pulak itu dipanggil qasidah. Mujur kawan tu bagitahu, kalau x duduk dalam kejahilan la kita  ^_^. Thx U Kawan!!!

Setelah dicari2 didalam internet untuk info lanjut tentang qasidah, jumpalah saya satu artikel tentang qasidah burdah ini.Selama ini, saya dengar x thu mksod , x thu sejarah , rugi la,,dengar shja. x fhm , susahla kan.. so sebenarnya qasidah burdah ni mmg ader sejarah yang sangat-sangat menarik. Rugi kalau x baca wahai saudaraku. Hehe.


Qasidah Burdah dikarang oleh Imam al-Busiri yang dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). Beliau telah diasuh oleh ayahandanya sendiri dalam mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain. Untuk memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri lalu berhijrah ke Kaherah. Di Kaherah, Imam al-Busiri menjadi seorang sasterawan dan penyair yang ulung. Kemahirannya didalam bidang syair mengatasi para penyair lain dizamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal dengan keindahannya. Gurunya yang paling utama ialah Abdul Abbas al-Mursi yang merupakan anak murid kepada pengasas tariqat Shazili iaitu Imam Abul Hasan as-Shazili.

Manuskrip burdah yang masih tersimpan



Qasidah Burdah mengandungi 160 bait (masih dalam proses pencarian kerana ada pendapat mengatakan lebih, mungkin 180) yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan elegan. Imam al-Busiri menterjemahkan kehidupan Nabi Muhammad saw kedalam bentuk bait-bait puisi yang sangat indah. Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam al-Busiri telah berhasil menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa kecintaan dan kasih yang mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera, sejarah dan moral turut terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila qasidah ini sentiasa sahaja dibaca di institusi-institusi pengajian tradisional malah qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Imam al-Busiri hidup dalam zaman transisi atau perpindahan kuasa dinasti Ayyubiyyah kepada dinastik Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik semakin gawat, akhlak masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kemewahan. Maka dalam suasana serba kekalutan itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehidupan Nabi saw yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik, mengawal hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadith.

Burdah yang menjadi tema utama dalam karya al-Busiri itu adalah merujuk kepada jubah/selendang putih yang dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad saw ini telah diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). Riwayat pemberian burdah oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair bermula apabila Ka’ab sentiasa menggubah syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat. Kerana rasa jiwanya terancam, ia lari bersembunyi untuk melindungi diri dari kemarahan para sahabat. Ketika terjadi penaklukan Makkah, saudara Ka’ab yang bernama Bujair bin Zuhair mengutus surat kepadanya yang isinya antara lain menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan berjumpa Rasulullah saw.

Setelah memahami isi surat itu, Ka’ab pun pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu berangkat menuju ke Madinah. Menerusi Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab menyerahkan diri kepada Rasulullah saw. Ka’ab mendapat penghormatan yang tinggi dari Rasulullah saw sehinggalah baginda melepaskan burdahnya dan diberikan kepada Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah sebuah qasidah yang dikenali dengan nama Qasidah Burdah. Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.



Manuskrip qasidah burdah yang ditulis tangan
Diringkaskan sehingga bagaimana Qasida Burdah ini menjadi terkenal bermula apabila Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal (lumpuh). Mengikut catatan ahli tarikh, beliau lumpuh separuh badan. Tabib-tabib yang terkemuka gagal mengubat penyakitnya. Dalam keadaan kesakitan dan tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang qasidah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw. Qasidah-qasidah ini disusun dengan begitu indah dan diulang-ulang oleh Imam al-Busiri. Kemuncaknya,pada satu malam ketika Imam al-Busiri tertidur, beliau bermimpi melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah saw sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah baginda.

Sebaik sahaja tersedar dari mimpi tersebut, Imam al-Busiri mendapati beliau tidak lagi lumpuh! Imam al-Busiri dengan segera keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain. Beliau bertembung dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, “Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi SAW.” Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, “Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya mahupun melagukannya kepada sesiapapun!!” Jawab pemuda tersebut,

“Aku bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah tersebut…Dan aku melihatmu dalam mimpiku!”

Sejak saat tersebut, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah Qasidah Mudariyya.

*artikel ini dioleh semula oleh Hafizul Hazman Bin Ngaa, Exco Informasi dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Islam UPM. Beliau merupakan mahasiswa jurusan Bachelor Perniagaantani dan Pertanian, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia.

*Artikel ini telah di edit sedikit, berdasarkan pandangan sahabat ku yang belajar ilmu qasidah di sekolah pondok :)


Apa + Apa = Kebahagiaan?

Assamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sihat? Alhamdulillah, klo sihat, Cepat2, mengucap hamdalah berterima kasih kepada Allah kerana memberikan kesihatan tubuh badan, klo x sihat?, ucap hamdalah juga, kerana ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kamu terhadapNYA.
Ketahuilah bahawa Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, mungkin Allah nak tambah iman kita atau mungkin Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita, nak tengok sejauh mana ketabahan hati kita dalam agama.

Okay, kali ini saya nak post sikit tentang apa + apa =Kebahagiaan ?, yang saya baca dalam kitab "Al-Iman Wal Hayyah" karya Dr. Yusuf Al-Qardawi iaitu ketua ulama2 dunia skrg, dan juga buku "La Tahzan" karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.





Kebahagiaan?

Kebahagiaan itu merupakan syurga impian, yang dirindukan oleh setiap orang, tak kira siapa pun. Dari ahli fikir yang berada di puncak pemimpinan dan renunganya, hinggalah kepada rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan kesederhanaan. Sejak dari raja-raja yang bersemayam dalam mahligai dan istana yang indah, hingga kepada kaum miskin yang hidupnya melarat, yang berdiam di tempat kecil, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, semuanya merindukan kebahagiaan, menginginkan kebahagiaan.

Dimana letaknya kebahagiaan?

Manusia sejak dulu sentiasa mencari kebahagiaan. Persoalan "Dimanakah terletaknya kebahagiaan?" sering ditanya, dari dulukala sehingga ke hari ini, namun ianya hanyal kekal sebagai satu teka-teki yang belum dirungkai jawapannya, sepanjang masa, manusia telah mencuba dan mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara dengan pelbagai langkah, dengan bermacam-macam kebendaan dan beraneka ragam kesenangan dunia. Hawa nafsu dan syahwat dituruti , dipenuhi hidupnya dengan keinginan dan kepuasan harta benda, namun sayang, mereka tidak menemukannya.

Adakah harta benda itu kebahagiaan?

Ramai manusia2 yang berpendapat begini. Dikiranya kebahagiaan itu terletak pada harta yang banyak, rumah yang besar dan mewah, kereta yang mahal, tanah yang luas, tetapi dalam kenyataanya, perhatikanlah bangsa-bangsa yang telah tinggi tingkat penghidupannya, telah cukup segala keperluan kebendaan. Segalanya ada dan serba cukup! Tidak kedengaran lagi keluhan kerana kesulitan dan kepahitan hidup. Tetapi anehnya, mereka masih merasa sempit, mereka tercari-cari ketenangan, mereka mencari-cari KEBAHAGIAAN!

Adakah Kebahagiaan Dari Ketenangan hidup?

Betul! Tiada kebahagiaan tanpa ketenangan, seorang ahli fikir yang telah tua pernah berkata kepada Dr. Yusuf Al-Qardawi ketika beliau masih muda. "Ketengan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Sesungguhnya banyak orang yang diberi Allah, kepintaran, kesihatan, harta yang banyak serta kemasyhuran dalam pelbagai aspek kehidupan. Tetapi ketenangan jiwa hanya dikurniakan oleh Allah dengan ukuran dan terbatas."

Macam Mana Nak Capai Ketenangan Hidup?

Tidak ada ketenangan tanpa IMAN, tidak diragui lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi suber pertama untuk memperoleh kebahagiaan. Tetapi macam mana nak capai ketenangan? Kalau ia bukan sesuatu yang boleh dihasilkan oleh kecerdasanan pengetahuan, bukan oleh kesihatan dan kekuatan, bukan oleh harta dan kekayaan. Dengan tegas dapat dijawab bahawa ketengan itu hanya satu sumbernya, dan tidak ada duanya, iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam, tidak dicampuri ragu-ragu dan kepalsuan.

Ingat Lah Allah..

Anda tidak mahukan kebahagiaan? Jangan bohong saudaraku, semua manusia inginkan hidup yang bahagia. Mulakan lah dengan mengingati Allah, insya-Allah hati anda akan menjadi lebih tenteram. Berzikir lah kepada Allah, ingat lah. Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati selain berzikir kepada Allah s.w.t. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kekacauan, kegelisahan dan kebimbangan akan lenyap! Tidak hairanlah apabila orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Suci melihat mukanya, sentiasa tersenyum dengan senyuman ikhlas bukan dengan senyuman kambing!




Alhamdulillah selesai sudah membaca serba sedikit ilmu tentang kebahagiaan :D
 Satu petikan lirik dari UNIC: Hakikat Bahagia

"Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan meningati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Hakikatnya Bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan"

Jadi apa yang saya boleh simpulkan di sini,nak bahagia, always remember Allah!
"Don't regret of what you did so hard! Because there is always a reason for everything! Think Positive!"

Iman + Ketenangan = Kebahagiaan!

School Holiday!!

       Assalamualaikum pembaca sekalian! Kali ini insya-Allah, saya akan post tentang cuti sekolah,,
okay, seperti yang kita tahu, cuti sekolah ni masa untuk kita sebagai pelajar berehat di rumah setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh kat sekolah, dgn homework, schoolwork,hostelwork, dan mcm2 work lagi, (terlebih pulak). Memang suka la, pelajar2 dpt cuti. Release Tension la katekan! dh lepas dari segala mcm perkara yg dipanggil "schoolstuff".Hari pertama cuti sekolah: Ya Allah, Bestnyer duk umah, boleh makan sepuas2 nya, nk qada' semula tido yg telah dirampas oleh cikgu2 dan warden di sekolah, nk buka FB, nk buka Twitter, nk main game,nk main PS, nk pi jalan2 dkt kl suria, pavillion, midvalley, sunway piramid, time square, mydin, giant, sabasun, hock ke seng, nk katanya, semua tempat ye nak pergi. Hah, ni hari pertama budak2 sekolah di rumah, ni boleh la tahan sampai seminggu ar paling kurang, lepas tuhh, krengg!!, Ah!!! bosan nyer, nk buat apa pulak nie, itu dah buat ini dah buat,, ah!! bosan,,haha,,rutin harian dah jadinya, perkataan "bosan" tuhh,, klo buke fb belambak kat wall kawan2 sekolah, kt grup lagilah byk, haha,,aper daa...ni lah org kata, takde timetable..tapikan ader je kawan2 yang dh buke buku tingkatan empat, waah bagusnye!! Dh ade yg studi group untuk tingkatan 4. Dgr citer ar, dop au lh sep ye buat ke tidak,,haha!





Masa cuti ni nk update blog p0n malas,,haha,,dh lme x buka,, ni bru buke untuk time cuti sekolah yg dah lama berlalu, sebenarnya penulis tertarik dengan kata-kata "I would rather walk with a friend in the dark than alone in the light" . Waah!! Klaz punye ayt.. sanggup jalan dua orang dalam gelap dari jalan sorang2 tak berteman dalam keadaan cerah..haa,, teringat kata2 seorang kawan pasal boikot israel nihh,, nk tahu tak,, okey2 nk tulis lah nie,, kwn saya kata, "How can we boikot some of our daily stuffs if there is no alternatives" Faham tak? Mksod ye macam mana kita nak boikot barang2 yang kita gune seharian tanpa sumber lain, saya setuju jugak lah dengan kata-kata dia, tapi bagi saya boikot tetap boikot, cuma terfikir lah,  sebenarnya ayat dia telah menyedarkan saya, tentang betapa kecilnya umat islam dalam bab ekonomi, sepatutnya ekonomi kita yang pegang, minyak ada kat org islam kan. Orang islam sepatutnya bangun untuk menguasai ekonomi! Kalau usahawan islam buat produk2 yang gempak, memang ramai dah boikot barang dari amerika dan sekutunya, kn? Sebab apa? Sebab ada sumber lain untuk dia guna.Contoh paling bagus ialah RFC,,waah! Ini kan satu sumber alternatif untuk KFC, kn bgos klo byk lagi kedai alternatif macam ni,
ini pendapat say lah ea,,haha

Hari tuh, dgr pulak seorang kawan kata, klo nak selesaikan masalah pelajar pakai tali pinggang bercorak itu dan ini, kepala besar la, bercorak la, tak ikut STANDARD la katakan. Kene jual tali pinggang yang standard sekolah itu dekat koperasi sekolah, pas2 wajibkan beli, haa,, kan lebih kurang je dgn apa yang dunia patut buat, ni dalam konteks sekolah, tadi konteks dunia, Ok2, cukuplah setakat nih,,dh letih daa..Wassalam :D

 


PMR Ooh PMR!!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurinaNya kerana kita masih boleh menghirup o2(oxygen) yang dibekalkan kepada kita secara 'FREE' kepada kita tanpa bayaran walau se sen pun, Alhamdulillah.

Insya-Allah entri kali ini tentang sebuah peperiksaan yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar form 3 seluruh Malaysia iaitu PMR. PMR ialah kata singkatan bagi Peperiksaan Menengah Rendah dan ia wajib diambil oleh penuntut-pentuntut yang berjiwa-jiwa besar di Sekolah-Sekolah Menegah.




Dua hari lagi akan diadakan peperiksaan Trial PMR, jadi calon-calon Trial PMR 9A bertungkus lumus study untuk dapat result yang terbaik.(dan untuk pergi Gambang) :) . Gambang? Na,am, biasa ar kan bila ada cikgu atau siapa2 pun yang nak anak buah dia excellence, dia mesti bagi satu target yang membakar semangat orang muda macam aq nieh..hehe..Jadi pejuang PMR tahun ni pun memang dah berkobar-kobar untuk buat yang terbaik untuk trial PMR lebih-lebih lagi apabila dapat tahu sekolah jatuh baru-baru ini sebab keputusan yang teruk untuk TOV,OTI1 dan OTI2.(sedih). Jadi Pejuang PMR memang nak sangat buat yang terbaik untuk naikkan semula nama sekolah yang tercinta ini.Sesuailah dengan selogan pmr tahun nie "PMR SOHOR KAMILAH JAURA"

Baru2 ini saya dengan bazli berjumpa dengan Ustaz Mukhlis, untuk betanyakan soalan-soalan tentang hukum feqah and ustaz pon cerita2, pas2 ustaz ada kata sebenarnya kalau kita tengok zaman sekarang, agama itu ibarat barang dagangan jer, sebab apa ustaz kabo g2? Sebab apabila agama berada pada orang miskin, orang miskin akan kata, "aq tidak layak untuk jaga agama, kerana aq tidak berkemampuan, berilah ia kepada orang yang lebih berkemampuan". Jadi, apabila ia ada pada orang kaya, orang kaya akan kata" aq tidak boleh kerana aq sibuk dengan kerjaku, taraf aq tidak membenarkan. So kemana perginya agama? Ia kembali menjadi barang dagangan, kerana masing2 sibuk dengan kerja masing-masing. Tiada yang mahu mengambil dan menjaganya. Dalam konteks pelajar, pelajar sibuk untuk study, sibuk dengan kerja kursus, folio, kerja sekolah, perperiksaan, kerja sekolah dan lain-lain, so dimanakah agama di zaman sekarang?

Jadi sebenarnya Rasulullah telah pun beritahu bahawa umat di akhir zaman akan kembali kezaman seperti di zaman sebelum kedatangan rasulullah, iaitu di zaman jahilliyyah, and dah ada pun perkara-perkara seperti yang berlaku di zaman jahiliyyah seperti berzina, buang anak, judi, arak berleluasa dan banyak lagi.


Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnya suatu pembunuhan.”

 
(Bukhari)



Jadi kita sama-sama ambil iktibar yer, insya-Allah, ingatlah Allah S.W.T maha pengampun taubat hambanya yang ingin kembali kejalan yang benar.

Alhamdulillah, dah lama sangat dah duk berblogging ini, so nk g sambung study lop, hehe...jadi  untuk sahabat saya sekalian, tolong doakan yang terbaik untuk saya dan sahabat seperjuangan saya di IMTIAZ atau dimana-mana sahaja dalam menghadapi dan menjawab PMR yer...9A's PMR. Insya-Allah...Okay Sahabat, Setakat ini lah..wassalam..


Seorang Pemimpin?


Subhanallah, Alhamdulillah , Allahu Akbar.
Bismillahirrahmanirrahim....
Insya-Allah, ana memulakan entri kali ini dengan sebuah hadis tentang pemimpin yang adil..


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.

 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks