Perfect World Online Pointer

Tiga Persoalan Ajaib Berserta Jawapannya

      Assalamualikum W.b.t....Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memanjangkan umur kita supaya kita sentiasa bertaubat dan bersyukur kepadaNYA. Insya-Allah , Hari ini ana akan post sesuatu yang ana terbaca didalam buku ROH oleh IBNUL QAYYIM  terjemahan Syed Ahmad Semait tentang "Tiga Persoalan Ajaib Dengan Jawapannya".


    Abu Abdullah bin Mandah Al-Hafizah di dalam 'Kitabul-Nafs War-Ruh' daripada bicara Muhammad bin Humaid, katanya: Telah berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Mighraa' Ad-Dusi, berbicara kepadaku Al-Azhar bin Abdullah Al-Adzi, daripada Muhammad Bin Ajlaan, daripada Salim bin Abdullah, daripada ayahnya, katanya: Umar bin Al-Khattab r.a telah menemui Ali bin Abu Talib r.a. maka dia berkata kepada Ali: Wahai ayah Hasan! Barangkali kau hadir dan kami tidak hadir, ataupun kami pula hadir dan kau tidak (yakni majlis nabi). Ada tiga perkara yang hendak kutanyakan kepadamu, barangkali kau ada maklumat mengenainya? Maka menjawab Ali bin Abu Talib: Apa dia, katakanlah! Maka berkata Umar pula: Ada orang suka kepada orang lain padahal dia tidak pernah mendapat daripadanya sesuatu kebaikan pun. Demikianlah pula ada orang membenci seorang lain, padahal orang itu tidak membuat kejahatan pun kepadanya? Berkata Ali: Benar itu! Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W berkata: Sesungguhnya roh-roh itu adalah laksana bala tentera yang banyak, mereka bertemu di udara sehingga mereka merasa bosan. Mana yang berkenalan di antara mereka itu berpadulah ia, dan mana di antara yang berselisih niscaya dia berpecah. Maka ujar umar: Ini satu perkara yang baru kutahu!. 


    Kemudain Umar bertanya lagi: Adakalanya seseorang itu sedang menyampaikan sesuatu perbicaraan, maka dengan tiba-tiba dia telah terlupa. Kemudian apabila ia sedang memikirkan apa yang ia terlupa, tiba-tiba dia teringat pula apa yang dia terlupakan itu?! Berkata Ali : Ya, memang benar! Dan aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Tiada banyak-banyak hati melainkan ada padanya semacam awan seperti awan yang menutup cahaya bulan. Sedang kita lagi melihat cahaya bulan yang terang benderang, tiba-tiba datang sekawan awan lalu menutupnya, maka tergelaplah alam ,kemudian apabila awan itu beredar, sekali lagi bulan cahaya bulan itu  menerangi alam tadi. Demikian pula dengan hati, sedang ia asyik berbicara, tiba-tiba datang semacam awan melindunginya maka terlupalah orang yang mempunyai hati itu. Sesudah itu apabila awan itu terangkat, akan teringatlah dia semula. Maka Umar berkata: Ini yang kedua.


Kemudian Umar seterusnya bertanya: adakalanya sesorang itu melihat sesuatu di dalam mimpinya, ada juga yang boleh dipercayai, dan ada juga yang mesti didustakan ?! Menjawab Ali lagi. Ya itu juga benar! Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Tiadalah seorang hamba yang tidur nyenyak, melainkan ia meningkat dengan rohnya ke arah Arasy, mana yang terkejut didekat arasy itu, maka itulah yang dikatakan mimpi yang boleh dipercayai; dan mana pula terkejut jauh dari arasy, maka itulah mimpi yang patut didustakan. Maka berkata Umar lagi: Sekarang sudah cukup tiga, sudah lama aku tanyakan orang tentangya, barulah aku tahu. Syukurlah aku telah mengetahuinya sebelum aku mati.







0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks