Perfect World Online Pointer

Apa + Apa = Kebahagiaan?

Assamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sihat? Alhamdulillah, klo sihat, Cepat2, mengucap hamdalah berterima kasih kepada Allah kerana memberikan kesihatan tubuh badan, klo x sihat?, ucap hamdalah juga, kerana ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kamu terhadapNYA.
Ketahuilah bahawa Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, mungkin Allah nak tambah iman kita atau mungkin Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita, nak tengok sejauh mana ketabahan hati kita dalam agama.

Okay, kali ini saya nak post sikit tentang apa + apa =Kebahagiaan ?, yang saya baca dalam kitab "Al-Iman Wal Hayyah" karya Dr. Yusuf Al-Qardawi iaitu ketua ulama2 dunia skrg, dan juga buku "La Tahzan" karya Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.





Kebahagiaan?

Kebahagiaan itu merupakan syurga impian, yang dirindukan oleh setiap orang, tak kira siapa pun. Dari ahli fikir yang berada di puncak pemimpinan dan renunganya, hinggalah kepada rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan kesederhanaan. Sejak dari raja-raja yang bersemayam dalam mahligai dan istana yang indah, hingga kepada kaum miskin yang hidupnya melarat, yang berdiam di tempat kecil, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, semuanya merindukan kebahagiaan, menginginkan kebahagiaan.

Dimana letaknya kebahagiaan?

Manusia sejak dulu sentiasa mencari kebahagiaan. Persoalan "Dimanakah terletaknya kebahagiaan?" sering ditanya, dari dulukala sehingga ke hari ini, namun ianya hanyal kekal sebagai satu teka-teki yang belum dirungkai jawapannya, sepanjang masa, manusia telah mencuba dan mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara dengan pelbagai langkah, dengan bermacam-macam kebendaan dan beraneka ragam kesenangan dunia. Hawa nafsu dan syahwat dituruti , dipenuhi hidupnya dengan keinginan dan kepuasan harta benda, namun sayang, mereka tidak menemukannya.

Adakah harta benda itu kebahagiaan?

Ramai manusia2 yang berpendapat begini. Dikiranya kebahagiaan itu terletak pada harta yang banyak, rumah yang besar dan mewah, kereta yang mahal, tanah yang luas, tetapi dalam kenyataanya, perhatikanlah bangsa-bangsa yang telah tinggi tingkat penghidupannya, telah cukup segala keperluan kebendaan. Segalanya ada dan serba cukup! Tidak kedengaran lagi keluhan kerana kesulitan dan kepahitan hidup. Tetapi anehnya, mereka masih merasa sempit, mereka tercari-cari ketenangan, mereka mencari-cari KEBAHAGIAAN!

Adakah Kebahagiaan Dari Ketenangan hidup?

Betul! Tiada kebahagiaan tanpa ketenangan, seorang ahli fikir yang telah tua pernah berkata kepada Dr. Yusuf Al-Qardawi ketika beliau masih muda. "Ketengan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Sesungguhnya banyak orang yang diberi Allah, kepintaran, kesihatan, harta yang banyak serta kemasyhuran dalam pelbagai aspek kehidupan. Tetapi ketenangan jiwa hanya dikurniakan oleh Allah dengan ukuran dan terbatas."

Macam Mana Nak Capai Ketenangan Hidup?

Tidak ada ketenangan tanpa IMAN, tidak diragui lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi suber pertama untuk memperoleh kebahagiaan. Tetapi macam mana nak capai ketenangan? Kalau ia bukan sesuatu yang boleh dihasilkan oleh kecerdasanan pengetahuan, bukan oleh kesihatan dan kekuatan, bukan oleh harta dan kekayaan. Dengan tegas dapat dijawab bahawa ketengan itu hanya satu sumbernya, dan tidak ada duanya, iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam, tidak dicampuri ragu-ragu dan kepalsuan.

Ingat Lah Allah..

Anda tidak mahukan kebahagiaan? Jangan bohong saudaraku, semua manusia inginkan hidup yang bahagia. Mulakan lah dengan mengingati Allah, insya-Allah hati anda akan menjadi lebih tenteram. Berzikir lah kepada Allah, ingat lah. Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati selain berzikir kepada Allah s.w.t. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kekacauan, kegelisahan dan kebimbangan akan lenyap! Tidak hairanlah apabila orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Suci melihat mukanya, sentiasa tersenyum dengan senyuman ikhlas bukan dengan senyuman kambing!




Alhamdulillah selesai sudah membaca serba sedikit ilmu tentang kebahagiaan :D
 Satu petikan lirik dari UNIC: Hakikat Bahagia

"Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan meningati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Hakikatnya Bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan"

Jadi apa yang saya boleh simpulkan di sini,nak bahagia, always remember Allah!
"Don't regret of what you did so hard! Because there is always a reason for everything! Think Positive!"

Iman + Ketenangan = Kebahagiaan!

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks