Perfect World Online Pointer

A glimpse view of my life in Matriculation

Assalamualaikum w.b.t.

     Setelah sekian lama tak buka blog ini, entah mengapa kali ini timbul perasaan untuk menjenguk blog yang telah lama bertapak tanpa penghuni. Sudah bertahun aku meninggalkannya bersendirian, kesian dia kan (acah-acah caring).

So kali ni, aku nak share tentang kehidupan aku dekat Kolej Matrikulasi Pahang ni (currently; sekarang ada dekat kolej dalam bilik atas katil ) Mana tau korang nak tau serba sedikit, hehe.

Aku sekarang berada dalam Program Satu Tahun (PST) Modul 1 2015/2016; dan sekarang sudah hampir 6 bulan aku berada dalam prasarana kolej. Banyak pengalaman yang telah aku peroleh dalam tempoh setengah tahun itu. Yang paling aku ingat adalah aku disahkan mengalami Ankle Sprain Stage 3 oleh Pakar Ortopedik, Klink Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Nak dijadikan cerita, ligament ni bukan perkara yang luar biasa la, sebenarnya purata manusia yang kene ankle sprain ni hampir 30 000 daily. So ini kes biasa la bagi doktor, but extraordinary luar biasa bagi pesakit. Kenapa?

Ceritanya begini, ketika bermain bola sepak di padang ( aku atlit Kolej, bangga sikit - tapi waktu tu bukannya latihan pon ) pada waktu petang, aku yang dah hampir menyerupai Neymar Jr. cuba membuat shooting dari jarak yang agak jauh. Waktu tu, ada seorang defend yang badannya agak sado mengalahkan gajah-gajah dihutan nusantara. Semasa aku shooting tu, aku fly la kan umpama Puyol dan masa tu jugak lah gajah tu nak langgar aku.

Aku yang tengah fly sedap gile kot terus terjatuh, dan aku landing secara kaki aku inward. Waktu tu, terus rasa kaki panas sangat. Cepat-cepat aku bukak but aku tu, sedar-sedar kaki dah bengkak besar sangat. Macam letak buah epal dekat buku lali. Kalau jual laku kot. Kalah Steve Job.

Aku terus tak boleh jalan. Aku diangkat dari padang ke bilik aku tu dengan bantuan kawan-kawan. Waktu tu aku bersyukur sangat ada kawan-kawan yang sanggup tolong aku (Sejujurnya aku ni bukannya ringan). Malam tu aku pergi HTAA dengan felo dan dua orang kawan yang mengangkat aku.

Sampai je dekat HTAA, macam-macam jugak berlaku. Kami jumpa Ustazah Siti Nur Bayyah bersama keluarga yang melawat saudaranya. Ada kes accident motor, yang paling ngeri adalah dapat menyaksikan kematian ayah seorang warga india di wad kecemasan. Anak dia meraung-raung nak masuk hospital. Suasana waktu itu memang bising. Semua orang tumpu ke keluarga tu dengan sayu. Lepas tu abang-abang dia datang tenangkan dia. After that, kawan aku kata dia perhati seorang lelaki ni dan membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman dia bahawa lelaki itu merupakan geng-gang mafia kuantan (yang ni aku tak tau betul ke tak).

Lepas tu aku pon mula memakai crutches (tongkat) untuk memudahkan pergerakan aku. Dalam 2 minggu jugak aku terpaksa berulang alik dengan tongkat. Sangat penat okay. Kebetulan pulak waktu itu, waktu study week sebelum final exam, selamat sebab tiada lecture dan tutorial. Masa exam pon aku pakai tongkat lagi. Dan aku ambil final exam dekat bilik sakit.

Menambah perisanya sedikit, waktu ujian pertengahan semester pon aku tak dapat jawab dengan baik sebab tiba-tiba je aku demam teruk. Lepas ujian kimia pada hari pertama, aku terus migrain dengan selsema tahap cair gile. Waktu malam, memang tak boleh study sebab pening. Lepas isyak je aku terus tidur. Bangun-bangun esok terus jawab. Menyerah pada takdir. Aku pasrah gile kot.

Baru-baru ni, aku dapat panggilan telefon dari Hospital. Dia maklum kepada aku tarikh aku akan buat pemeriksaan MRI sebelum aku kene operate. Memang menggelatar jiwa bila doktor kata jalan terbaik adalah untuk operate sebab aku masih muda lagi. Doktor tu kata "You need to operate for the long run, that is if you still want to be active in sports because you are still young."

Aku tanya doktor itu, rawatan alternatif lain tiada ke? Macam urutan tradisional ke? Lepas tu, doktor  tu senang je jawab, kalau guna jin boleh la sembuh balik, and i was like "ow okay". So sekarang menunggu MRI je laa bulan September 2016 kot. ( 10 bulan lagi).

Okay laa, banyak lagi sebenarnya nak cerita, pasal KAKOM, Ujian MUET, Experiment-Experiment yang fail, Survival tips di Matrik, kisah-kisah cinta, cinta tiga segi, empat segi, octagonal segi dan lain lain lagi. Kalau ada peluang dan ruang, insya allah.

Sekian saja.










1 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks