Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T, pencipta alam ini kerana dengan izin dan innayahNya dapat ana meneruskan lakaran pada kali ini. Lakaran kali ini insya-Allah merupakan hasil cadangan seorang sahabat ana di Imtiaz. Marilah kita sama-sama baca yer....

بسم الله الرحمن الرحيم"Tidak ada sahabat sejati yang ikhlas dalam persahabatan kecuali sahabat yang mahu menemani kamu walaupun ia tahu akan aib/kecacatanmu dan mengampuni kamu atas dasar persahabatan yang mana ia tiada lain adalah Allah Subhanahu wa ta'ala. Sebaik-baiknya orang yang kamu temani adalah orang yang meminta bersahabat denganmu bukan kerana sesuatu darimu yang bermanfaat kepadanya".
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Allah S.W.T telah menciptakan makhluk di muka bumi ini berpasang-pasangan. Allah menjadikan malam dengan siang, pahala dengan dosa, syurga dengan neraka,dunia dan akhirat,lelaki dan perempuan dan Allah S.W.T telah menciptakan manusia ini berbagai-bagai bangsa dan berpuak-puak, adanya yang berbangsa Melayu,adanya yang berbangsa Arab adanya yang berbangsa Cina dan macam-macam lagi. Manusia zaman sekarang ini amat memerlukan seorang sahabat. Kita memerlukan seorang sahabat yang dapat membimbing kita untuk lebih mengenal pencipta kita, yang dapat membimbing kita untuk menambahkan ibadat kita kepada Allah S.W.T.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Sahabat ibarat cermin kepada diri kita, baiknya Sahabat kita, insya-Allah, baiklah kita. Sahabat yang kita miliki lah akan menegur kita jika ada kesilapan yang telah kita lakukan. Sahabat kitalah yang akan berada di samping kita ketika dalam kedukaan dan sentiasa bersama kita dalam kegembiraan. Sahabat amatlah diperlukan oleh seorang manusia, Lihatlah bagaimana Saidina Abu Bakar r.a menjadi sahabat kepada rasulullah, beliau membenarkan setiap kata rasullah dikala semua kaum quraish tidak mempercayai baginda. Beliau rela berkorban dipatuk ular ketika berada dalam gua thur bersama rasulullah untuk berhijrah ke madinah. Begitu cekalnya hati seorang sahabat demi sahabat yang tercinta. Sahabat yang sebenar-benar sahabat amat susah untuk dicari terutamanya di zaman yang moden sekarang. Di zaman yang berlakunya maksiat di merata-rata tempat, di zaman yang manusianya bersifat individualistic. Carilah sahabat yang sebegini:
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Setakat ini sahajalah pertemuan kita, harap maaf jika terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang membawa kemarahaan pembaca. Harap ditegur kalau ada kesalahan. Kepada Sahabat ana di Imtiaz ana memohon kemaafan dari kamu semua memandangkan Ramadhan Tahun ini sudah nak pergi...Sekian saja...Assalamualaikum W.b.t.

- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
- Dia mendorongmu untuk kebaikan di dunia dan di akhirat
Setakat ini sahajalah pertemuan kita, harap maaf jika terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang membawa kemarahaan pembaca. Harap ditegur kalau ada kesalahan. Kepada Sahabat ana di Imtiaz ana memohon kemaafan dari kamu semua memandangkan Ramadhan Tahun ini sudah nak pergi...Sekian saja...Assalamualaikum W.b.t.

0 comments:
Post a Comment