Subhanallah, Alhamdulillah , Allahu Akbar.
Bismillahirrahmanirrahim....
Insya-Allah, ana memulakan entri kali ini dengan sebuah hadis tentang pemimpin yang adil..
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.
Subhanallah,
Baru-baru ini berlakunya satu program di sekolah imtiaz iaitu watikah pelantikan MPP dan Nuqaba' bagi sesi 2012. Alhamdulillah ana dilantik menjadi. seorang Naqib yang bermaksud seorang pemimpin lelaki. Naqib ini tugasnya menjadi ketua usrah dan berusaha untuk mendakwah atau memberi ilmu agama kepada ahli usrah yang dijaga. Pemimpin tugasnya amat berat, seperti kata Abang Haikal (form 4) yang merupakan bekas ketua nuqaba' semasa form 3, bahawa apabila menjadi pemimpin, sebelah kaki akan berada dalam neraka, ana dengar pun dah berdebar..SEBELAH KAKI DALAM NERAKA...cer bayangkan...
Sebenarnya, kalau ana fikir betul-betul..tak layak pun ana untuk memegang jawatan itu.
Ramai lagi kawan-kawan ana yang lebih layak dari ana. Ana punya ilmu pun tak cukup sampai tahap mendakwah orang supaya menjadi orang yang bertakwa kepada Allah. Ana sekadar boleh baca ilmu-ilmu yang ada dalam buku usrah jer, untuk disampaikan. Subhanallah, Ana tahu banyak kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh ana sebelum ini, banyak sangat , dengan Allah, dengan alam,dengan manusia, dan juga dengan diri sendiri...rasa tak layak tu memang kuat dalam diri ana..cer bayang..antum ada kat pantai, memerhatikan indahnya lautan yang dijadikan oleh Allah S.W.T...tiba-tiba ada seorang lelaki yang lemas di tengah lautan meminta tolong! Kita ,,...oops!..ana yang tak pandai berenang macam mana nak menolonya..Menjerit?? So ana menjerit tolong-tolong!...Nak bagi orang lain dengar suruh tolong, kalaulah ada orang kat situ... kalo takde macam mana? ... Begitulah ibaratnya..
Menjadi pemimpin banyak tanggungjawabnya...dan bagi setiap tanggungjawab yang dilaksanakan ada banyak kebaikan dan ganjaran yang Allah sediakan..
1. Allah akan memberikan tempat yang paling mulia bagi sesiapa yang berlaku adil semasa hidup di dunia sama ada di dalam urusan negara atau pun rumah tangga atau sesiapa yang berada di bawah tadbirannya.
2. Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.
3. Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang yang benar-benar sanggup memikulnya.
Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang adil..
1. Dia mestilah seorang yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan menjadikan Ulama sebagai tempat meminta pandangan, dan juga mengharapkan keredhaan ALLAH dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh daripada penyakit jiwa yang merosakkan amal dan usahanya.
2. Memiliki akal yang kuat, berhikmah, cendekiawan, bijaksana, berpengalaman, berpandangan tajam, ilmu yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari segenap sudut, cepat memahaminya dan cepat menggunakannya sebaik mungkin.
3. Berakhlak dengan sifat al-hilm (lembut). Berdasarkan kepada dalil Al-Quran;
Firman ALLAH SWT : Maksudnya :
“Dan orang-orang yang menehan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuet kebajikan” (Surah Al-Imran ayat 134)
4. Berani, bermaruah. keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan
Firman ALLAH SWT : Maksudnya :
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah An-Nur ayat 22)
5. Bersikap as-siddiq ( benar ) dalam perkataan dan perbuatan. Tawadhu, tidak membanggakan diri kepada manusia. Hatinya tunduk dan patuh pada al-haq.( ALLAH )
6. Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat.
7. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia. Akhlak ini melahirkan thiqqah ( percaya ) dalam suasana amal, ketenteraman, tolong-menolong dan membawa hasil.
8. Sabar, kerana pemimpin pastinya akan berhadapan dengan kesukaran, dipenuhi dengan perkara yang berlawanan dengan kehendak hawa nafsu, penuh dengan onak, racun, rintangan, bencana dan ujian.
9. Bersifat dengan al-iffah (suci hati jiwa dan amal) dan al-karam (pemurah dan tidak bakhil). Dengan sifat ini pemimpin tidak berminat dengan harta benda yang melemahkan kemahuan dan tidak sesuai dengan usaha serta jihad besar dalam menentang musuh-musuh ALLAH. Pemimpin mestilah menjadi qudwah ( contoh ) melalui sifat pemurah dan mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
10. Adil dan insaf (terutama terhadap diri sendiri). Sifat ini amat penting kepada pemimpin dan mad’u dalam amal jamaie kerana setiap individu akan merasa tenteram terhadap haknya dan menginsafinya.Ini telah disebutkan Hadis diatas tentang adil.
11. Bersifat wara’ dan zuhud. Ini dapat menjauhi syubhat, meninggalkan perkara yang mengandungi dosa kerana takut terjebak ke dalamnya. Dia sentiasa bermuhasabah dalam segala hal dan setiap waktu.
12. Tidak mengungkit dan memperkatakan kebaikan diri sendiri. Jangan mengharapkan pujian dan sanjungan manusia dan tidak memuji diri sendiri atas segala usaha yang dilaksanakan dalam berdakwah.
13. Memelihara perkara yang dimuliakan oleh ALLAH (Hurumatillah). Setiap masa dalam jamaah mesti menjadi pengawal dan penjaga yang sentiasa sedar, berwaspada dan dipercayai dalam memelihara segala kemuliaan ALLAH pada segenap ajaran Islam supaya tidak timbul pencabulan hak atau perbuatan melampaui batas.
14. Kesejahteraan hati, tidak menghiraukan umpatan dan mengadu domba di antara manusia. Perkara ini jika dilayan akan memberi ruang yang luas untuk dimasuki syaitan, memarakkan kebencian dan permusuhan hingga akhirnya melahirkan perpecahan dalam jamaah.
15. Keazaman yang kuat dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Pemimpin terdedah kepada pelbagai biah (suasana ), peristiwa dan bebanan yang mempunyai keputusan yang penting dan besar. Pemimpin dituntut menghadapi semuanya dengan azam, kekuatan, hikmah, tanpa kelemahan, keraguan dan menyerah kalah. Sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH kerana DIAlah yang Maha Berkuasa di atas setiap perkara.
Insya-Allah...bagi yang akan berada di bawah pimpinan ana...ana akan cuba untuk mencirikan diri ana sebagai seorang pemimpi yang adil. Ana akan cuba yang terbaik untuk memimpin walaupun banyak kelemahan dalam diri ana. Ana akan memerlukan bantuan yang sangat berguna dari sahabat-sahabat sekalian...Bagi yang turut sama menjadi pemimpin..kita cuba praktikkan apa yang telah dibaca..Insya-Allah,..Assalamualikum w.b.t
PEMIMPIN YANG ADIL


0 comments:
Post a Comment