Perfect World Online Pointer

PMR Ooh PMR!!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurinaNya kerana kita masih boleh menghirup o2(oxygen) yang dibekalkan kepada kita secara 'FREE' kepada kita tanpa bayaran walau se sen pun, Alhamdulillah.

Insya-Allah entri kali ini tentang sebuah peperiksaan yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar form 3 seluruh Malaysia iaitu PMR. PMR ialah kata singkatan bagi Peperiksaan Menengah Rendah dan ia wajib diambil oleh penuntut-pentuntut yang berjiwa-jiwa besar di Sekolah-Sekolah Menegah.




Dua hari lagi akan diadakan peperiksaan Trial PMR, jadi calon-calon Trial PMR 9A bertungkus lumus study untuk dapat result yang terbaik.(dan untuk pergi Gambang) :) . Gambang? Na,am, biasa ar kan bila ada cikgu atau siapa2 pun yang nak anak buah dia excellence, dia mesti bagi satu target yang membakar semangat orang muda macam aq nieh..hehe..Jadi pejuang PMR tahun ni pun memang dah berkobar-kobar untuk buat yang terbaik untuk trial PMR lebih-lebih lagi apabila dapat tahu sekolah jatuh baru-baru ini sebab keputusan yang teruk untuk TOV,OTI1 dan OTI2.(sedih). Jadi Pejuang PMR memang nak sangat buat yang terbaik untuk naikkan semula nama sekolah yang tercinta ini.Sesuailah dengan selogan pmr tahun nie "PMR SOHOR KAMILAH JAURA"

Baru2 ini saya dengan bazli berjumpa dengan Ustaz Mukhlis, untuk betanyakan soalan-soalan tentang hukum feqah and ustaz pon cerita2, pas2 ustaz ada kata sebenarnya kalau kita tengok zaman sekarang, agama itu ibarat barang dagangan jer, sebab apa ustaz kabo g2? Sebab apabila agama berada pada orang miskin, orang miskin akan kata, "aq tidak layak untuk jaga agama, kerana aq tidak berkemampuan, berilah ia kepada orang yang lebih berkemampuan". Jadi, apabila ia ada pada orang kaya, orang kaya akan kata" aq tidak boleh kerana aq sibuk dengan kerjaku, taraf aq tidak membenarkan. So kemana perginya agama? Ia kembali menjadi barang dagangan, kerana masing2 sibuk dengan kerja masing-masing. Tiada yang mahu mengambil dan menjaganya. Dalam konteks pelajar, pelajar sibuk untuk study, sibuk dengan kerja kursus, folio, kerja sekolah, perperiksaan, kerja sekolah dan lain-lain, so dimanakah agama di zaman sekarang?

Jadi sebenarnya Rasulullah telah pun beritahu bahawa umat di akhir zaman akan kembali kezaman seperti di zaman sebelum kedatangan rasulullah, iaitu di zaman jahilliyyah, and dah ada pun perkara-perkara seperti yang berlaku di zaman jahiliyyah seperti berzina, buang anak, judi, arak berleluasa dan banyak lagi.


Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnya suatu pembunuhan.”

 
(Bukhari)



Jadi kita sama-sama ambil iktibar yer, insya-Allah, ingatlah Allah S.W.T maha pengampun taubat hambanya yang ingin kembali kejalan yang benar.

Alhamdulillah, dah lama sangat dah duk berblogging ini, so nk g sambung study lop, hehe...jadi  untuk sahabat saya sekalian, tolong doakan yang terbaik untuk saya dan sahabat seperjuangan saya di IMTIAZ atau dimana-mana sahaja dalam menghadapi dan menjawab PMR yer...9A's PMR. Insya-Allah...Okay Sahabat, Setakat ini lah..wassalam..


0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gambar | Twitter | Quotes | Hadis | Contact me

Copyright © 2009 Ajay |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

To Stand High is not as easy as it looks